Monday, 8 September 2014

Homestay Yusrinna




SELAMAT DATANG
@

WELCOME TO.



Yusrinna Homestay


Homestay ini menyediakan keperluan penginapan yang selesa  dan privasi  kerana terletak  di kawasan bukit dengan suasana  kehijauan pokok dan udara yang segar.  Homestay ini juga sangat sesuai untuk percutian anda sekeluarga yang ingin ke Pulau Pangkor dan Teluk Batik Lumut, Perak. Lokasi  dan kedudukan homestay ini sangat  strategik kerana sangat berhampiran dengan pantai &Terminal Jeti Lumut-Pangkor, Lumut Waterfront, Taman Permainan kanak-kanak . Homestay ini juga tidak jauh daripada Pantai peranginan Teluk Batik dan Marina Island, Lumut.

Yusrinna Homestay merupakan kediaman rumah teres  dua tingkat  yang terletak di Pusat Pelancongan & Bandar Maritim, Lumut, Perak.

Berhampiran(250-400m):
·        Masjid Al Adly Lumut, Stesyen Bas & Teksi Lumut
·        Lumut Waterfront
·        Terminal Jeti Lumut - Pangkor
·        Marina Wing – Taman Permainan Esplaned
·        Pusat Jualan Kraftangan & Hasil Laut  Pulau Pangkor
·        MAYBANK , Restoran & Kedai makan, KFC,Pizza Hut,
Domino’s  Pizza, Mr.Cendol  & 7-Eleven.
·        Pangkalan TLDM & Bousted Shipyard (0.5-1km)

Anggaran 5-9 km shj ke ;
·        Terminal Jeti Marina Island
·        Pantai Teluk Batik
·        Taman Paya Bakau
·        Pusar Bandar Seri Manjung

Anggaran 10-15 km shj ke ;
·        Teluk Rubiah/ Stesyen Janakuasa Janamanjung
·        Sitiawan
·        UNIKL


























                                   
                                     








                                       
















HUTAN PAYA BAKAU : Anggaran 5-6 km  dari Homestay Yusrinna






KEMUDAHAN DI DALAM HOMESTAY

* Yusrinna Homestay menyediakan 3 bilik tidur. 

Bilik Utama di tingkat atas dilengkapi air-cond dan kipas siling
1 katil queen + almari pakaian + cermin + meja sisi






  


* Bilik kedua di tingkat atas juga dilengkapi air-cond dan kipas  
  siling :  1 katil queen + almari pakaian + cermin + meja sisi


                                       





* Bilik ke 3 di tingkat bawah dilengkapi kipas dinding :
                 1 katil superking  single + almari + cermin



                             

* Ruang tamu yang dilengkapi kipas siling, set sofa , meja kopi, 
   TV LED &  Astro Njoi, Radio, Rak dan Majalah







*Ruang makan sekeluarga yang dilengkapi kipas siling, meja makan marble dan 6 buah kerusi.

         







*Dua bilik air yang luas yang.

Bilik air di tingkat atas mempunyai water heater, cermin, baldi, sabun mandi.
    









* Bilik air di tingkat bawah juga luas dan dilengkapi dengan water heater , cermin muka, baldi dan sabun mandi





*Ruang dapur pula dilengkapi dapur masak 2 tungku, tong gas, peralatan memasak, pinggan mangkuk, peti ais, periuk nasi, pembakar roti, mikrowave, cerek elektrik, blender dan mesin basuh automatik.


          


         

*Sebuah bilik kecil untuk ruang solat dan seterika baju.
Sejadah dan telekung disediakan.


         
  
Ruang santai.
Set meja dan kerusi batu di luar rumah dan ampaian pakaian.
Parking berbumbung.



*Kemudahan lain yang disediakan.

-Seterika dan iron board untuk menggosok pakaian.

-Menyediakan  BBQ set, tuala, toto dan bantal extra sekiranya diperlukan.






HADAPAN RUMAH






Yusrinna Homestay berada di kawasan Taman Bukit Maju , Lumut.
Pusat Pelancongan & Bandaraya Marithim  Lumut, Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbQLS8m0-zwaHNVLCOzbM6UyzDNzSgV-IKyKvBkgh1cMDZkQANPf2q-fsTz7srb35XRtV7m9vCYXr7Fm6aux9KTkCF__9GM9hqfi8r1jki6r-htnZW_i9IeNs4lqtukZAnhZQNtz0kH28/s640/lokasi+yusrinna+homestay.JPG

Lokasi sebenar Yusrinna Homestay. No.83 Taman Bukit Maju 1, 32200, Lumut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-I2qZvdoEcUk2eZBm5S5EfWlvN2v5mZIQqLYezxTBTl2YBbOHff4B6VgVS4Z99lLKn-GLD4InBZa55vSwJ7rFnrBX099Hv-_pejSRAZRGmyfULfQp0IzETnXVMNrWV5b7nepszxYhF7g/s640/yusrina+homestay.jpg




Yusrinna Homestay telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi menjamin keselesaan tetamu.

1. Hanya menerima pelanggan muslim yang berkeluarga/pasangan berkahwin/bujang perempuan  sahaja @ lelaki sahaja.



2. Masa check in : 2.00 petang dan  masa check out : 12. 00 tengah hari. (fleksible masa sekiranya tiada pelanggan sebelum dan selepas tarikh )

3. Penyewa homestay bertanggungjawab menjaga kebersihan homestay , keselamatan peralatan homestay dan keselamatan diri sendiri serta keluarga sendiri.


4. Pelihara adab dan tingkahlaku semasa menginap di homestay demi keselesaan anda dan kejiranan setempat.


5. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan atau kemalangan seandainya berlaku kepada pelanggan semasa menginap di homestay ini.


6. Sebarang kerosakan peralatan/ barang/perabot  homestay hendaklah dimaklumkan kepada pemilik dan gantirugi boleh dibincangkan/atas budibicara.


Kami menerima tempahan sewa harian, mingguan dan bulanan.

(Harga boleh dirunding untuk tempahan lebih daripada 2 hari/mlm)

Untuk Tempahan, sila hubungi :   
  Yusof     :  012-4098730 
  Rokiah   :  012-4366517

Tempahan awal perlu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


8 comments:

  1. Terbaekkk!!!! Mcm rumah sendiri... :-)

    ReplyDelete
  2. Water park marina tu Di mana ye....
    Jauh ke dekat dengan homestay ni....
    Sekadar bertanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xjauh..dekat je...dlm 10-15 minit drive

      Delete
    2. Xjauh..dekat je...dlm 10-15 minit drive

      Delete
    3. Xjauh..dekat je...dlm 10-15 minit drive

      Delete
  3. Water park marina tu Di mana ye....
    Jauh ke dekat dengan homestay ni....
    Sekadar bertanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran 5 minit je dr yusrinna homestay.

      Delete
    2. Anggaran 5 minit je dr yusrinna homestay.

      Delete